Berita UtamaDunia

Afghanistan mula kempen vaksinasi Polio di 26 wilayah

Sasar tujuh juta kanak-kanak terima elak risiko lumpuh

KABUL, 25 Jamadilawal 1444H, Selasa – Afghanistan mula melancarkan kempen Vaksinasi Polio di 26 wilayah termasuk Kabul.

Kementerian Kesihatan Awam berkata, tujuh juta kanak-kanak dijangka mendapat manfaat menerusi kempen yang dijalankan.

Statistik menunjukkan dua kes positif polio dilaporkan di negara tersebut, tahun ini.

Penduduk Kabul menyambut baik kempen dan berkata, mereka bersedia untuk memberi kerjasama bagi menjayakan kempen itu.

“Kesungguhan Kementerian Kesihatan memberi vaksin kepada kanak-kanak diyakini dapat mengurangkan risiko lumpuh,” kata seorang penduduk tempatan yang dikenali Parwiz.

Sementara itu, kakitangan yang menguruskan kempen vaksinasi berkata, penduduk perlu bekerjasama dengan mereka supaya kempen dapat dijayakan.

Malah katanya, kanak-kanak perlu divaksin setiap tiga bulan bagi mengelak terkena jangkitan virus polio.

“Ia adalah penyakit berbahaya dan boleh melumpuhkan anggota badan dan kebanyakan menjejaskan kanak-kanak di bawah umur lima tahun,” katanya.

Tahun lalu, sebanyak empat kes polio direkodkan di seluruh Afghanistan berbanding 56 kes dicatatkan pada tahun 2020. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button