Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Banjir: KPT saran belajar ‘online’ atau tangguh sementara

5,404 warga KPT termasuk lima universiti terjejas teruk di Pantai Timur

BANGI, 26 Jamadilawal 1444H, Rabu – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di universiti, politeknik dan kolej komuniti yang terjejas dengan banjir dibuat secara dalam talian.

Malah, PdP juga boleh dilakukan dengan cara tidak bersekali (asynchronous), hibrid atau menangguhkan aktiviti tersebut mengikut keseriusan bencana yang dihadapi di kawasan masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Bilik Gerakan Banjir di peringkat KPT telah diaktifkan bermula 18 November lalu yang beroperasi 24 jam sehari.

“Lima saluran talian telefon dan satu e-mel dibuka bagi memudahkan orang ramai mengemukakan sebarang aduan kecemasan.

“Pada masa sama, Bilik Gerakan Peringkat Universiti Awam (UA) turut dibuka dan dikendalikan oleh UA masing-masing.

“Pihak KPT turut menggerakkan pasukan khas bagi menawarkan khidmat sokongan psikologi kepada para mangsa yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, sehingga 20 Disember lalu, seramai 5,404 warga KPT atau pelajar telah terkesan dengan banjir dan merangkumi 5,268 pelajar dan 136 staf.

Mereka yang teruk terjejas termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Politeknik Hulu Terengganu (PHT).

Katanya, pelajar juga yang ingin mengemukakan aduan kecemasan, boleh berhubung dengan talian yang disediakan 03.88706798 atau [email protected]

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button