Berita Utama

LPT 2 buka semula laluan antara Dungun-Ajil

Nasihat pengguna hati-hati memandu ketika musim tengkujuh

BANGI, 27 Jamadilawal 1444H, Khamis – Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) membuka semula laluan antara Dungun dan Ajil untuk semua kenderaan dari Kuala Lumpur-Kuantan ke Kuala Terengganu bagi kedua-dua hala hari ini.

LPT 2 Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, tinjauan trafik dilihat mula kembali seperti sediakala susulan pembukaan semula laluan yang pernah terjejas akibat kejadian runtuhan tanah di kilometer (km) 393.4 arah utara menghala ke Ajil, Isnin lalu.

“Kami memohon kerjasama pemandu agar berhati-hati dan mematuhi arahan petugas dan papan tanda trafik apabila menghampiri zon kerja dan laluan kontra di KM392.4 hingga KM394.6 menghala ke Kuala Terengganu yang telah diaktifkan jam 9 pagi tadi.

“Tinjauan turut mendapati trafik bergerak lancar dan petugas-petugas trafik ditempatkan di kawasan strategik bagi mengawal dan menilai keadaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu, LPT 2 Sdn Bhd menasihati pengguna untuk membuat perancangan perjalanan awal serta kekal memandu secara berhati-hati ketika musim tengkujuh.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button