Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Selepas larang ke universiti, Taliban kini arah gantung khidmat pekerja wanita

Lesen operasi NGO digantung jika gagal laksana perintah

KABUL, 1 Jamadilakhir 1444H, Ahad – Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita selepas ‘aduan serius’ mengenai kod pakaian mereka, kata Kementerian Ekonomi pada Sabtu.

Arahan itu mengancam untuk menggantung lesen operasi NGO yang gagal melaksanakan langkah berkenaan.

Pemberitahuan yang dihantar kepada NGO – yang salinannya diperoleh AFP dan disahkan oleh jurucakap kementerian ekonomi – memetik ‘aduan serius mengenai ketidakpatuhan hijab Islam dan peraturan lain yang berkaitan dengan kerja wanita di peringkat pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa.’

Tindakan itu mendapat kecaman segera antarabangsa, dengan kerajaan dan pertubuhan memberi amaran mengenai kesan terhadap perkhidmatan kemanusiaan di negara yang jutaan orang bergantung kepada bantuan.

Sekatan terbaharu itu dikeluarkan kurang seminggu selepas pihak berkuasa Taliban melarang wanita daripada menghadiri universiti, menyebabkan kemarahan global dan protes di beberapa bandar Afghanistan.

Walaupun Taliban sebelum ini menjanjikan bentuk pemerintahan yang lebih lembut apabila kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu, mereka sebaliknya mengenakan sekatan keras terhadap wanita.

Setakat ini, masih tidak dapat disahkan sama ada arahan itu memberi kesan kepada kakitangan wanita asing di NGO.

Bagaimanapun, dua NGO antarabangsa mengesahkan mereka menerima arahan tersebut.

“Kami menangguhkan semua aktiviti kami mulai Ahad.

“Kami tidak lama lagi akan mengadakan mesyuarat pegawai atasan semua NGO untuk memutuskan cara menangani isu ini,” kata seorang pegawai tinggi di sebuah NGO antarabangsa yang terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan kepada AFP yang tidak mahu namanya didedahkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button