Berita UtamaDunia

Kuwait siasat bank tempatan disyaki berurusan syarikat Israel

Credit Bank didakwa buat kontrak untuk syarikat berpangkalan di Tel Aviv

KUWAIT CITY, 2 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Kuwait melancarkan siasatan ke atas bank tempatan yang disyaki menjalankan urusan dengan sebuah syarikat negara haram Israel, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan, Abdulwahab Al-Rushaid berkata, kementeriannya telah membentuk jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa Credit Bank telah membuat kontrak dengan sebuah syarikat Israel.

Beliau berkata, bank itu telah menerima notis daripada Biro Audit bahawa ia menggunakan sistem perlindungan untuk sebuah syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv.

Justeru, menteri menggesa agar kontrak itu dibatalkan segera, jika ia terbukti benar.

Sebelum ini, bank terbabit menafikan laporan mengenai menghubungi sebuah syarikat Israel, mengatakan firma itu adalah entiti berdaftar di Kuwait dan memerlukan lesen.

Kuwait tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan enggan membenarkan pemegang dokumen perjalanan atau pasport Israel memasuki wilayahnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button