Berita Utama

56.7 peratus homoseksual penyumbang tertinggi kes HIV di Johor

542 kes HIV direkodkan dengan 21 kematian

JOHOR BAHRU, 3 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Hubungan homoseksual atau biseksual menjadi penyumbang tertinggi kes jangkitan HIV di Johor sejak awal tahun sehingga kini.

Ia membabitkan 131 kes daripada 231 kes jangkitan HIV di negeri itu.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu iaitu 56.7 peratus adalah tinggi berbanding faktor lain.

“Bagi kes HIV baharu pula golongan lelaki menyumbang 205 kes iaitu 88.7 peratus, manakala wanita 26 kes (11.3 peratus) untuk tempoh itu.

“Sementara kes HIV membabitkan usia 20 hingga 39 tahun (177 kes atau 76.6 peratus), 50 tahun ke atas (25 kes iaitu 10.8 peratus), 40 hingga 49 tahun (23 kes atau 10 peratus) dan 13 hingga 19 tahun (enam kes atau 2.6 peratus),” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, ini diikuti hubungan heteroseksual (91 kes atau 39.4 peratus), perkongsian jarum suntikan (tiga kes atau 1.3 peratus), manakala yang tidak dapat dipastikan puncanya (enam kes atau 2.26 peratus).

Secara keseluruhan katanya, 542 kes HIV dilaporkan di negeri itu dengan 21 kes kematian sehingga kini.

Bagi kes AIDS pula, Ling berkata, 274 kes dilaporkan berbanding 198 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu 67 kes kematian dicatatkan berbanding 46 kes juga bagi tempoh sama.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button