Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Orang ramai dinasihat tidak tular semula komen berbaur perkauman

Tindakan tegas terhadap individu sengaja datangkan khianat awam

BANGI, 3 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula komen berbaur perkauman secara provokasi di media sosial atau mana-mana platform lain.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, ini kerana perbuatan perbuatan tersebut boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di Malaysia.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nasihat itu menyusul selepas polis mengesan penularan semula imej tangkap layar komen yang berbaur perkauman melalui pelbagai platform media sosial termasuk Facebook dan aplikasi WhatsApp pada 26 Disember lalu.

Noorsiah berkata, komen provokasi itu telah dimuat naik pada Ogos 2019 oleh pemilik akaun Facebook ‘Nazrul Nazari’.

“Ekoran daripada itu, seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun telah ditangkap pada 1 April 2022 dan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam,” katanya.

Katanya lagi, suspek turut didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button