Dunia

Rakyat Maghribi protes normalisasi hubungan dengan Israel

Kekal pendirian sokongan tanpa belah bahagi kepada Palestin

RABAT, 3 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Ribuan rakyat Maghribi mengadakan demontrasi di beberapa bandar sebagai membantah langkah menormalisasi hubungan dengan negara haram Israel.

Demontrasi itu serentak dengan ulang tahun kedua sejak Rabat menyambung semula hubungan diplomatiknya dengan Tel Aviv.

Barisan Maghribi Menyokong Palestin dan Menentang Normalisasi dalam kenyataan berkata, protes itu bertujuan menentang perjanjian normalisasi negara berkenaan dengan Israel.

Menurut kenyataan itu, penunjuk perasaan menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi mereka terhadap Palestin.

Penunjuk perasaan yang berhimpun menaikkan plakad yang mengesahkan sokongan terhadap Masjid Al Aqsa dan hubungan rapat mereka dengan Palestin.

Protes diadakan serentak di beberapa bandar antaranya Berkane, Oujda, Meknes, Casablanca, Khouribga, El Jadida, Beni-Mellal, Tangier, Errachidia, Agadir, Taza, Safi dan Mohammedia.

Pada 10 Disember 2020, Israel dan Maghribi mengumumkan langkah menyambung semula hubungan diplomatik selepas menggantungnya pada tahun 2000.

Kerajaan Maghribi menandatangani deklarasi bersama dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ketika lawatan pertama delegasi rasmi Israel-Amerika ke ibu negara, Rabat.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button