Dunia

Jepun wajibkan pelancong China buat saringan COVID-19

Elak merebak, individu positif perlu kuarantin 7 hari

TOKYO, 4 Jamadilakhir 1444H, Rabu – Jepun akan melaksanakan ujian saringan COVID-19 di pintu ketibaan negara itu untuk pelancong dari China mulai Jumaat ini, kata Perdana Menterinya, Fumio Kishida.

Tokyo telah melonggarkan sekatan ke atas pelancong sejak beberapa bulan lalu, ini bermakna hanya pelancong dari China yang perlu melakukan ujian saringan COVID-19 ketika ketibaan, selain mereka yang menunjukkan gejala.

Kishida berkata, keputusan itu diambil kerana terdapat maklumat bahawa jangkitan wabak merebak dengan cepat di China.

“Adalah sukar untuk memastikan keadaan yang tepat berikutan percanggahan besar antara pihak berkuasa pusat dan tempatan serta antara kerajaan dan sektor swasta.

“Ini menyebabkan kebimbangan yang semakin meningkat di Jepun,” katanya.

Langkah itu dibuat selepas Beijing mengumumkan bahawa pelancong masuk tidak lagi perlu dikuarantin ketika ketibaan mulai 8 Januari depan selepas tiga tahun kawalan pandemik yang ketat.

China secara tiba-tiba menarik balik banyak sekatan COVID-19 yang ketat selepas protes di seluruh negara dan menyaksikan lonjakan kes jangkitan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kishida berkata, pengembara dari China atau yang telah berada di Jepun dalam tempoh tujuh hari, dikehendaki membuat ujian ketika ketibaan di Jepun mulai Jumaat.

Mereka yang didapati positif akan dikuarantin selama tujuh hari di fasiliti yang ditetapkan.

Tokyo juga akan menghadkan penerbangan yang datang dari tanah besar China, kata Kishida.

Jepun hanya dibuka semula sepenuhnya kepada pelancong pada Oktober, selepas lebih dua tahun melaksanakan sekatan COVID-19 yang menghalang hampir semua pelancong asing.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button