Berita UtamaDunia

Israel tangkap 130 wartawan Palestin pada 2022

Petugas media diserang berkali-kali oleh penceroboh haram

TEL AVIV, 8 Jamadilakhir 1444H, Ahad – Rejim haram Israel telah menahan 130 wartawan Palestin pada 2022, dengan 20 daripadanya masih dalam tahanan, menurut NGO tempatan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Maklumat Tahanan mendokumentasikan 36 pencabulan Israel terhadap wartawan Palestin pada bulan Disember.

“Lebih 130 wartawan ditahan pada 2022, apabila Israel melanggar semua undang-undang dan norma antarabangsa yang menjamin kebebasan bersuara.

“Israel masih menahan 20 wartawan, termasuk wartawan Jerusalem, Mahmoud Issa, yang ditahan sejak 1993,” katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa Sokongan Wartawan yang berpangkalan di Beirut berkata, 13 wartawan Palestin cedera pada Disember.

“Wartawan diserang berkali-kali oleh tentera pendudukan Israel dan penceroboh Zionis,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat Palestin menandakan 31 Disember sebagai Hari Wartawan Palestin sebagai mengiktiraf peranan mereka dalam memperjuangkan hak Palestin dan seluruh rakyat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button