Berita UtamaDunia

Kanada, Australia dan Sepanyol turut sekat pengembara dari China

Langkah dinilai semula apabila lebih banyak data tersedia

OTTAWA, 8 Jamadilakhir 1444H, Ahad – Kanada, Australia, Sepanyol dan Maghribi menjadi negara terbaharu yang mengenakan sekatan perjalanan ke atas ketibaan pengembara dari China berikutan lonjakan kes COVID-19 di sana.

Memetik kebimbangan mengenai gelombang jangkitan baharu dan kekurangan maklumat mengenai varian dari China, lebih daripada 12 negara telah mengenakan sekatan baharu COVID-19 ke atas pengembara dari China.

Ia susulan wabak COVID-19 melonjak tinggi kerana kelonggaran peraturan ‘sifar-COVID’.

Selain Maghribi, Australia, Kanada dan Sepanyol juga bersetuju untuk mematuhi ujian wajib COVID-19 yang negatif semasa ketibaan.

Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler berkata, keputusan itu diambil atas dasar ‘berhati-hati’ dan hanya bersifat sementara.

“Kerajaan telah memutuskan dengan berhati-hati, untuk meminta pelancong dari China mengemukakan bukti sebelum menaiki penerbangan bahawa mereka menjalani ujian COVID dan disahkan negatif,” kata Butler.

Keperluan itu juga akan dikenakan kepada pengembara dari Hong Kong dan Macau.  

Siaran kerajaan Kanada juga menyatakan bahawa langkah kesihatan yang dirancang ini akan dikenakan kepada pengembara udara, tanpa mengira kewarganegaraan dan status vaksinasi.

“Ia adalah langkah sementara, dilaksanakan selama 30 hari, yang akan dinilai semula apabila lebih banyak data dan bukti tersedia,” katanya.

Sepanyol juga akan memerlukan ujian COVID-19 negatif atau vaksinasi penuh terhadap penyakit itu semasa ketibaan pelancong dari China, kata Kementerian Kesihatan negara itu. – Agensi

Pautan berkaitan;

Maghribi larang kemasukan pelancong China

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button