Berita UtamaDunia

Maghribi larang kemasukan pelancong China

Elak gelombang jangkitan baharu COVID-19 menular

RABAT, 8 Jamadilakhir 1444H, Ahad – Maghribi menyekat kemasukan pelancong dari China mulai 3 Januari bagi mengelakkan gelombang baharu jangkitan koronavirus.

Beberapa negara sebelum ini juga telah mengenakan sekatan ke atas pelancong dari China berikutan lonjakan kes COVID-19.

Beribu-ribu pelancong melawat Maghribi dari China setiap tahun, biasanya melakukan perjalanan dengan penerbangan melalui Teluk.

“Maghribi telah mengikuti dengan teliti, beberapa minggu kebelakangan ini, perkembangan pandemik COVID-19 di Republik rakyat China.

“Bagi mengelakkan gelombang jangkitan baharu di Maghribi dan kesannya, pihak berkuasa Maghribi memutuskan untuk menghalang semua pelancong dari China.

“Langkah luar biasa ini tidak akan menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara, kerajaan tetap menjalinkan hububgan kukuh,” kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan.

Dalam perubahan dasar yang mendadak, China pada Disember mula melaksanakan sekatan COVID-19 yang paling ketat di dunia.

Penarikan semula sekatan sebelum ini telah menyebabkan penyebaran COVID-19 yang menyebabkan penularannya tidak terkawal.

Wabak menggila itu menjangkiti berjuta-juta orang sehari di sana, menurut beberapa pakar kesihatan antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button