Berita Utama

Bekalan air di Gombak pulih 99 peratus

Pengguna disaran guna air secara berhemah

BANGI, 9 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh telah mencapai 92 peratus setakat jam 3 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, daerah Gombak mencapai 99 peratus manakala Kuala Lumpur 50 peratus.

Katanya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam ini.

“Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 83 kawasan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kerja-kerja pembaikan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71 kawasan membabitkan Gombak, manakala 12 lagi di Kuala Lumpur.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button