Berita UtamaDunia

Lapangan terbang Damsyik tak operasi akibat serangan Israel

2 tentera Syria terkorban, dua lagi cedera

DAMSYIK, 9 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Serangan udara negara pengganas Israel membunuh sekurang-kurangnya dua askar Syria dan menyebabkan lapangan terbang antarabangsa utama negara itu tidak beroperasi.

Tentera Syria dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi SANA berkata, serangan udara itu – yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dan sekitarnya – berlaku kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan pada Isnin.

“Serangan itu mengorbankan dua askar manakala dua lagi cedera bahkan beberapa kerugian material serta menyebabkan lapangan terbang itu tidak beroperasi,” katanya.

Tiada kenyataan segera daripada Israel berhubung serangan itu setakat ini.

Insiden itu menandakan kali kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik tidak beroperasi dalam tempoh kurang setahun.

Pada 10 Jun lalu, serbuan udara Israel yang menyasarkan lapangan terbang menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur dan landasan.

Ia dibuka semula dua minggu kemudian selepas pembaikan.

Israel telah melakukan ratusan serbuan ke atas sasaran di dalam kawasan yang dikawal kerajaan di Syria sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi sedemikian.

Meskipun mengakui, negara haram menyasarkan pangkalan kumpulan bersenjata sekutu Iran, seperti Hizbullah Lubnan yang menghantar ribuan pejuang untuk menyokong tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button