Berita UtamaDunia

Satu pertiga populasi Arab hidup miskin

Pengangguran catat kadar tertinggi di dunia pada 2022

BEIRUT, 9 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Satu pertiga daripada penduduk Arab hidup di bawah garis kemiskinan, kata badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Anadolu.

Laporan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat (ESCWA) mendedahkan, kemiskinan meningkat di negara-negara Arab sehingga menjejaskan 130 juta orang.

Ekonomi rantau ini dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus pada 2023 dan 3.4 peratus pada 2024 walaupun terdapat gangguan pemulihan ekonomi global.

Pengangguran di rantau Arab pula mencatatkan kadar tertinggi di dunia pada 2022 iaitu 12 peratus.

“Mungkin terdapat sedikit penurunan tahun ini (2023) kepada 11.7 peratus,” kata ESCWA.

Pengarang utama laporan ESCWA, Ahmed Moummi berkata, walaupun prospek pertumbuhan positif, terdapat percanggahan ketara di kalangan negara, yang diburukkan lagi oleh perang di Ukraine.

“Keadaan semasa memberi peluang kepada negara Arab pengeksport minyak mempelbagaikan ekonomi mereka – antaranya sektor tenaga dengan mengumpul rizab dan melabur dalam projek yang menjana pertumbuhan inklusif.

“Menyokong pembangunan ekonomi dan sosial yang inklusif dan mampan di Negara Arab, dan juga berusaha untuk meningkatkan integrasi serantau. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button