Berita UtamaDunia

Lalu lintas di Riyadh makin sesak

Cadang pembinaan lebuh raya dan sokong pelaksanaan kerja dari rumah

RIYADH, 10 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Jabatan Trafik Awam Arab Saudi mempertimbangkan untuk mengubah jadual sesi persekolahan dan universiti dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Riyadh.

Jurucakap jabatan berkenaan, Mansour Al-Shakra berkata, Bengkel Lalu lintas dan Operasi Penyelesaian telah membincangkan kepadatan lalu lintas di jalan-jalan utama sekitar bandar.

“Salah satu cadangan paling dominan adalah pembinaan lebuh raya, mengkaji semula mekanisme lampu isyarat, menyokong syor bekerja jarak jauh di beberapa syarikat, institusi dan agensi kerajaan.

“Mengubah jadual sesi persekolahan dan universiti serta beberapa langkah penyelesaian lain,” katanya.

Statistik rasmi Arab Saudi menunjukkan, bandar raya berkenaan menyaksikan 16 juta laluan perjalanan di jalan raya utama setiap hari.

Lebih 89 peratus laluan dikendalikan kenderaan persendirian manakala pengangkutan awam hanya mewakili dua peratus daripada laluan harian berkenaan.

Sehingga kini, Riyadh memiliki 7.5 juta penduduk dan jumlah berkenaan bertambah setiap tahun dengan kerajaan menyasarkan untuk meningkat dua kali ganda populasi di bandar itu menjadikan 15 juta penduduk menjelang 2030. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button