Artikel Khas

Jangan takut pelancong China? Menteri merepek sungguh

Tiada tindakan drastik dari pihak kerajaan setakat ini

NAMPAKNYA kerajaan lebih ‘sayangkan’ pelancong China yang berjuta-juta dan berduyun-duyun masuk ke Malaysia walaupun penularan varian baru COVID-19 di negara itu sedang menggila.

Rata-rata rakyat Malaysia memang sedang bimbang dengan pendirian kerajaan untuk meneruskan kemasukan pelancong dari negara China, malah dilihat seolah-olah beriya-iya menggalakkan pula.

Paling mengecewakan, kenyataan Menteri Pelancongan sebagai respon kepada kebimbangan ini [1]. Jangan takutkan pelancong dari China? Ini adalah sesuatu yang merepek yang cukup luar biasa.

Lebih membimbangkan, tidak lama selepas beliau (menteri) ‘merepek’, dilaporkan pula bahawa 2 varian utama dari negara China sudah mula merebak di Malaysia [2]. Malah, dilaporkan lagi selepas itu sebanyak 96.5 peratus sampel air kumbahan pesawat dari China yang diuji oleh pasukan KKM dikesan ada virus COVID-19 [3].

Sampai sekarang tiada permohonan maaf dari menteri tersebut, apatahlagi tindakan drastik dari pihak kerajaan.

Sepatutnya kerajaan sejak dari awal lagi mengambil iktibar akan apa yang berlaku di Itali baru-baru ini. Hampir separuh dari penumpang yang tiba dari China positif COVID-19 [4]. Inilah antara asas kebimbangan rakyat Malaysia. Bukan saja-saja nak takut-takut, apatahlagi kebencian kaum.

Kini, banyak negara sudah ambil tindakan tegas terhadap kemasukan pelancong China demi menjaga nyawa rakyat mereka.

Di Malaysia? Jangan takutkan pelancong? Merepek sungguh.

Aminuddin Yahaya
4 Januari 2023


Rujukan:

[1] https://m.malaysiakini.com/news/650046

[2] https://www.sinarharian.com.my/article/238721/khas/covid-19/dua-varian-utama-di-china-sudah-masuk-malaysia

[3] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/965-peratus-sampel-air-kumbahan-pesawat-dikesan-ada-virus-covid19-dr-noor-hisham-399914

[4] https://www.astroawani.com/berita-dunia/hampir-separuh-penumpang-pesawat-dari-china-tiba-di-itali-positif-covid19-399412?amp=1

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button