Berita UtamaDunia

EU syor uji air kumbahan pesawat dari China

Langkah diperkenalkan akan dikaji semula menjelang pertengahan Januari

BRUSSELS, 12 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Pegawai kerajaan Kesatuan Eropah (EU) mengesyorkan penumpang dari China ke EU menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat.

Saranan itu disuarakan kumpulan Tindak Balas Krisis Politik Bersepadu (IPCR) EU – sebuah badan yang dianggotai oleh pegawai daripada 27 kerajaan EU – dan selaras dengan syor yang dibuat sebelum ini oleh Suruhanjaya Eropah.

IPCR mengesyorkan semua penumpang dalam penerbangan ke dan dari China memakai pelitup muka.

Ia berikutan kerajaan EU juga memperkenalkan ujian rawak terhadap penumpang yang tiba dari China dan menguji serta menyusun air kumbahan di lapangan terbang dengan penerbangan antarabangsa serta pesawat yang tiba dari negara itu.

IPCR berkata, bersama-sama dengan Pusat Kawalan Penyakit Eropah (ECDC), Jabatan Hal Ehwal Luar Suruhanjaya dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan terus memantau situasi epidemiologi di EU dan perkembangan di China.

“Negara Anggota bersetuju untuk menilai keadaan dan mengkaji semula langkah yang diperkenalkan menjelang pertengahan Januari 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

China merancang untuk melonggarkan sekatan perjalanan pada 8 Januari, walaupun terdapat gelombang jangkitan baharu yang menyebabkan hospital dan rumah pengebumian China penuh.

Minggu lalu, ECDC berkata, ia tidak mengesyorkan sekatan ke atas pelancong dari China kerana varian yang menular di republik itu sudah pun berada di EU.

Katanya, warga EU mempunyai tahap vaksinasi yang agak tinggi dan potensi jangkitan yang diimport adalah rendah berbanding jangkitan harian di EU, dengan sistem penjagaan kesihatan ketika ini mengatasinya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button