Berita Utama

Negeri Sembilan bubar DUN Mei atau Jun depan

Anggap tempoh paling sesuai untuk tumpu kepada pemulihan ekonomi: MB

BANGI, 12 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bercadang untuk dibubarkan sekitar Mei atau Jun bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tempoh berkenaan dianggap paling sesuai selain menghampiri penghujung penggal pentadbiran selain bagi memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi kata, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Insya-Allah kita akan bubarkan DUN sekitar Mei atau Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

“Kerajaan perlu menggunakan mandat selama lima tahun yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan sebaiknya untuk mentadbir negeri dengan baik.

“Tambahan pula dengan situasi politik negara yang dinamik ketika ini, kita berharap dalam tempoh beberapa bulan ini dapat melaksanakan tugas yang terbaik untuk negeri dan negara.

“Kita tidak mahu terlalu memberi fokus kepada isu politik, namun perlu kawal dengan tumpuan ketika ini perlu diberikan kepada isu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, pihaknya perlu mengurangkan kenyataan politik bagi mewujudkan keharmonian dalam kerajaan negeri serta masyarakat.

“Kita tidak mahu pelabur luar lari atau hilang keyakinan kepada negeri dan negara disebabkan terlalu memberi tumpuan kepada isu politik,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button