Mahkamah Pakistan bebaskan 405 pelarian Afghanistan
Proses dokumentasi sedang dilakukan, dihantar pulang ke negara asal

KARACHI, 13 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Sebuah mahkamah di Karachi membebaskan 405 pelarian Afghanistan dan berkuat kuasa dalam masa terdekat.
Konsulat Abdul Jabar Tahjari berkata, pihaknya pernah membebaskan 428 pelarian Afghanistan dan kesemua mereka dihantar pulang ke negara asal
Kali ini mahkamah mengarahkan pembebasan 405 lagi pelarian, katanya.
“Proses pembebasan mereka sedang dilakukan dan kesemuanya akan dihantar pulang ke Afghanistan,” katanya.
Daripada keseluruhan jumlah pelarian yang berada di Karachi mereka terdiri daripada 257 kanak-kanak, 712 lelaki manaka 194 lagi adalah pelarian wanita.
Sebelum ini, pelarian Afghanistan mengadu mereka sering menjadi mangsa penganiayaan polis Pakistan.
Aktivis pelarian, Awal Khan berkata, pelarian Afghanistan yang berada di Pakistan tanpa dokumen sah akan berdepan pelbagai masalah.
Justeru beliau mengesa agar kerajaan Afghanistan berbincang permasalahan berkenaan dengan kerajaan Pakistan dan UNHCR.
Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan mendedahkan kira-kira 500 wanita Afghanistan dan kanak-kanak telah ditahan di Karachi. – Agensi.