Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PRN: PN tak gentar lawan PH-BN

Yakin dapat pertahan kemenangan di tiga negeri

BANGI, 13 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Perikatan Nasional (PN) tidak gentar mempertahankan kemenangan di beberapa negeri pentadbirannya terutama di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Meskipun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama, PAS tetap yakin sokongan kepada PN semakin kuat, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Man.

“Saya tengok sokongan rakyat kepada PN di Kelantan, Kedah dan Terengganu semakin kuat terutama selepas rakyat melihat PH dan BN yang saling menyerang sesama sendiri sebelum PRU15 tiba-tiba bersama dan berkawan baik.

“Kita juga dapat melihat sokongan kepada PN sangat kuat pada PRU15 lalu dan kita yakin dapat mempertahankan kemenangan di tiga negeri berkenaan pada PRN nanti,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Tegas beliau, kestabilan politik dan pencapaian baik di tiga negeri tersebut merupakan faktor utama peningkatan sokongan rakyat kepada PN.

Malah beliau menjelaskan semua pihak harus akur pencapaian di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam konteks pelaburan serta perancangan pembangunan berjalan dengan baik.

Dalam pada Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak melihat keputusan kerajaan negeri Kedah menutup semua premis perjudian akan memberi kelebihan kepada BN dan PH pada PRN itu nanti.

Sebaliknya, tegas beliau di penutupan premis perjudian berkenaan telah lama dilaksanakan di Kelantan dan langkah berkenaan diterima baik oleh pengundi bukan Islam.

Justeru, katanya perkara berkenaan tidak menjadi ukuran kepada sokongan pengundi bukan Islam di Kedah.

“Kalau mahu mengukur kejayaan dalam pilihanraya, PRU15 baru-baru inilah ukurannya,” tegas beliau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button