Berita UtamaDunia

Gunung Marapi meletus, abu setinggi 300 meter atas puncak

Pelancong dinasihat tidak berada radius 3km dari Kawah Verbeek

JAKARTA, 14 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – Gunung berapi Marapi di wilayah Sumatera Barat Indonesia meletus selama kira-kira 45 saat, dengan mengeluarkan abu sehingga 300 meter di atas puncak.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia (PVMBG) mengesahkan letusan berlaku jam 6.11 pagi waktu tempatan (23:11 GMT). 

“Sebaran abu bersama pasir berpotensi melanda kawasan sekitar,” kata pusat itu dalam satu kenyataan akhbar.

Terletak setinggi 2,891 meter dari aras laut, gunung ini telah aktif sejak 25 Disember 2022.

Pada masa ini, Marapi berada di tahap kedua status bahaya.

Pihak berkuasa menggesa pelancong supaya tidak berada dalam radius 3km dari Kawah Verbeek.  

“Masyarakat juga diharap selalu berkoordinasi dengan PVMBG dan mengikuti arahan dari pemerintah daerah setempat,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button