Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaIstimewa

Ridhuan Tee tempelak Kit Siang, bangga jadi anak Malaysia junjung Perlembagaan bukan gantung tanglung

Harap majlis bandaraya Pulau Pinang ambil tindakan supaya negara tak tenggelam identiti minoriti

BANGI, 17 Jamadilakhir 1444H, Selasa – “Bangga jadi anak Malaysia bukan dengan gantung lampu tanglung tapi junjung Perlembagaan dan Rukun Negara. Inilah yang harus menjadi kebanggaan anak Malaysia, bukan lampu tanglung.

“Apa kaitan lampu tanglung dengan kebanggaan jadi anak Malaysia. Ini kebanggaan jadi anak Cina, bukan anak Malaysia.

“Saya sebagai orang Cina, tak menolak lampu tanglung, tapi biarlah berpada-pada, jangan campur aduk dengan kepercayaan sesat sebegini. Ia seolah-olah majlis rasis.”

Demikian tegas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee susulan kenyataan veteran parti tamak haloba DAP, Lim Kit Siang dalam majlis ‘Menyalakan 10,000 Tanglung Sutera Merah’ di Jalan Raja Uda, Butterworth menjelang sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Kit Siang dipetik sebagai berkata, majlis itu bukan sahaja untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina tetapi juga menandakan berakhirnya pandemik COVID-19 dan bermulanya usaha untuk menetapkan semula hala tuju negara supaya semua rakyat Malaysia di seluruh dunia dapat berbangga menjadi anak Malaysia.

“Mari kita jadikan majlis malam ini sebagai petanda untuk mengalu-alukan kedatangan era baharu di mana rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara dapat berbangga sebagai anak Malaysia dan tidak lagi malu kerana nama Malaysia dikaitkan dengan kleptokrasi dan salah guna kuasa sebelum ini,” katanya.

Mengulas perkara itu, Prof Ridhuan Tee berkata, kenyataan Kit Siang pada majlis malam itu tidak boleh diterima.

“Apa kaitan dengan menenggelamkan bandar dengan lampu tanglung kleptokasi? Melainkan untuk menghidup satu bangsa agar menjadi dominan. Ini budaya Yahudi.

“Ini kenyataan ultra kiasu yang tidak masuk akal. Saya harap majlis bandaraya Pulau Pinang, mengambil tindakan agar negara ini tidak tenggelam identiti minoriti,” katanya.

Lebih pelik lagi, apabila Kit Siang mengaitkan kes dan kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19 dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

“Apa kaitan dengan tanglung? Tanglung tidak boleh mengubah semua ini. Allah Yang Maha Kuasa yang boleh mengubah semua ini, bukan lampu tanglung

“Ultra kiasu rasis ini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegini dalam sebuah negara majoriti Melayu Bumiputera dan Islam,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button