Berita UtamaDunia

China balas dendam, henti keluarkan visa untuk warga Korea Selatan, Jepun

Penangguhan visa kekal sehingga sekatan diskriminasi ditarik balik

BEIJING, 18 Jamadilakhir 1444H, Rabu – China membuat keputusan untuk berhenti mengeluarkan visa jangka pendek kepada individu dari Korea Selatan dan Jepun sebagai tindak balas terhadap sekatan COVID-19 yang dilakukan kepada pelancong dari China.

Beijing menegaskan penangguhan visa kepada Korea Selatan akan dikekalkan sehingga sekatan diskriminasi terhadap China ditarik balik semula.

Kedua-dua negara mengumumkan mereka tidak akan menambah penerbangan dari China dan akan mengehadkan tempat penerbangan boleh mendarat. Pelawat dari China mesti mengambil ujian PCR-Covid sebelum dan selepas berlepas.

Minggu lalu, Korea Selatan menghentikan pengeluaran visa pelancong kepada individu dari China namun dikecam oleh Menteri Luar yang menyifatkan tindakan berkenaan tidak boleh diterima dan tidak saintifik.

Perkara sama turut berlaku di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Korea Selatan pula menegaskan keputusan menghalang pelancong dari China itu dibuat berdasarkan bukti saintifik.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan, kira-kira satu pertiga daripada semua ketibaan pelancong dari China disahkan positif COVID-19 sebelum sekatan dilaksanakan.

China kembali membuka semula sempadannya pada hari Ahad buat kali pertama sejak Mac 2020 sebagai sebahagian daripada membatalkan polisi ‘sifar-COVID’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button