Ratusan guru di Lubnan mogok gaji rendah
Tuntut pelarasan gaji selaras kadar penurunan mata wang

BEIRUT, 19 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Ratusan guru di sekolah awam Lubnan mengadakan mogok tiga hari berturut-turut di hadapan Kementerian Pendidikan.
Protes dilakukan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan gaji yang diturunkan namun beban tugas tetap bertambah dalam keadaan ekonomi negara semakin kritikal.
Seorang guru matematik di sebuah sekolah tinggi di bandar itu, Hanan Fawaz berkata, pihaknya menuntut penyelarasan gaji dibuat selaras dengan kadar penurunan mata wang.
Malah dia juga menuntut supaya gaji dibayar menggunakan nilai wang dolar selain mahu elaun pengangkutan dan perlindungan kesihatan yang lebih baik.
Semua guru di sekolah awam menerima purata gaji kira-kira 3,000000 pound Lubnan sebulan (RM8,629.23) dan mendakwa bayaran tersebut tidak mencukupi untuk perbelanjaan ke sekolah.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan berjanji untuk menaikkan gaji tiga kali ganda dan setiap guru akan diberikan insentif AS$130 (RM567) selain elaun pengangkutan sebanyak 95,000 lira (RM273) bagi setiap hari bekerja.
Namun katanya, insentif yang dijanjikan tidak pernah diterima.
“Menteri pendidikan menjanjikan sesuatu yang tidak boleh ditunaikan,” kata Hussein Jawad yang mengetuai kesatuan guru sekolah awam. – Agensi