Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Pemilihan UMNO: Hishammuddin sedia bertanding

Kesal 10 MP UMNO masih dilabel pengkhianat sedangkan tak tahu perkara sebenar

KUALA LUMPUR, 20 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kesediaan untuk bertanding pada pemilihan UMNO akan datang.

Bercakap kepada media, Ahli Parlimen Sembrong itu bagaimanapun tidak memperincikan jawatan yang akan direbut oleh beliau.

“Kita kena tunggu mesyuarat PAU kali ini. Kalau sekiranya keputusan PAU hari ini ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan bertanding dalam pemilihan akan datang,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu dipertandingkan.

Dalam pada itu, Hishammuddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO yang memaafkan tindakan 10 Ahli Parlimen yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Namun, beliau kesal kerana semua Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional terbabit masih dilabel sebagai pengkhianat sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenarnya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kerana memaafkan 10 Ahli Parlimen, katanya pengkhianat tetapi sehingga hari ini saya tak tahu apa sebabnya kita dituduh sebagai pengkhianat.

“Saya cukup yakin bahawa apa yang telah berlaku tak ada benda yang patut kita apologetik sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button