Berita UtamaDunia

Tak sampai 24 jam, seorang lagi jadi mangsa kekejaman tentera Israel

Bapa maut ditembak ketika cuba lindungi anak

BAITULMAQDIS, 20 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Tentera negara pengganas Israel membunuh seorang lagi rakyat Palestin dalam tempoh kurang 24 jam pada awal pagi Khamis.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, Samir Awni Harbi Aslan, 41, ditembak di dada dekat kem pelarian Qalandia di pinggir Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut saksi yang dilaporkan media tempatan, Samir cuba melindungi anaknya daripada ditangkap oleh tentera Israel sebelum dia ditembak.

Kematian Samir berlaku selepas pembunuhan dua rakyat Palestin pada Rabu dalam insiden berasingan di Tebing Barat di tangan tentera Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Ahmad Abu Junaid, 21, ditembak di kepala dan cedera parah ketika serbuan pada awal pagi oleh tentera di kem pelarian Balata Nablus.

Media Palestin melaporkan, pasukan tentera Israel yang menyamar menyerbu kem Balata.

Serbuan itu mencetuskan konfrontasi yang membabitkan lontaran batu dan berbalas tembakan.

Menurut pegawai perubatan Israel, di kawasan lain di Tebing Barat, seorang lelaki Palestin ditembak selepas dia didakwa cuba menikam seorang peneroka Israel di Hebron.

Dia dikenali sebagai Sanad Mohammad Samasra berusia 19 tahun.

Tujuh rakyat Palestin dibunuh oleh tentera rejim Zionis setakat tahun ini, termasuk tiga remaja. Mangsa termuda berusia 15 tahun. – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/01/12/israel-bunuh-kejam-2-pejuang-palestin/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button