Berita UtamaDunia

Israel sedang percepat aktiviti gali bawah tanah sekitar al-Aqsa

Seolah pendudukan Israel rancang lakukan perkara bahaya di tapak suci

BAITULMAQDIS, 21 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – Penyelidik hal ehwal Baitulmaqdis, Fakhri Abu Diyab mendedahkan, pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) sedang mempercepatkan aktiviti penggalian bawah tanah di sekitar Masjidil al-Aqsa, khususnya di bahagian selatan dan barat daya.  

Agensi berita SAFA memetik Fakhri sebagai berkata, penggalian yang mencurigakan terus berlaku dengan ketara dan pada kadar yang pantas di sekitar al-Aqsa.

Penyelidik mengesahkan bahawa pekerja, peralatan pembinaan dan penggalian dilihat dengan mudah di kawasan yang disasarkan, terutama ketika mengosongkan timbunan kotoran dan serpihan dari tapak. 

“Kawasan yang menjadi sasaran aktiviti penggalian termasuk Istana Umayyah, Pintu Maghariba, Tembok al-Buraq, tembok selatan Masjidil Aqsa dan Kota Lama, dan pintu masuk utara Silwan,” katanya.

Fakhri khuatir dengan kepantasan aktiviti menggali yang berlipat kali ganda bermula tahun ini.

“Penggalian ini telah dipergiatkan sejak awal tahun. Kami tidak pernah melihat penggalian sehebat itu di sekitar Masjidil Aqsa sebelum ini.

“Seolah-olah pihak berkuasa pendudukan merancang untuk melakukan tindakan yang berbahaya terhadap al-Aqsa,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button