Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Uncategorized

Khairuddin akan bantu Dusuki dalam Majlis Ulama UMNO

Perkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiah dan tarbiyah dalam parti

BANGI,24 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Bekas pemimpin PAS, Datuk Dr Mohamad Khairuddin Aman Razali kini menyertai Majlis Ulama UMNO yang baharu ditubuhkan.

Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas ahli Parlimen Kuala Nerus itu akan membantu Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad.

Katanya, Dusuki selaku tokoh agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan dalam kalangan ulama dan cendekiawan Islam dalam dan luar negara.

“Saya percaya Dusuki mampu membantu untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiah, pendidikan Islam dan tarbiyah dalam parti.

“Insya-Allah beliau juga akan dibantu oleh Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi setiausaha Majlis Syura Ulama PAS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairuddin sebelum ini merupakan Setiausaha Majlis Syura PAS telah dipecat pada 11 Februari tahun lalu kira-kira sebulan sebelum dipecat daripada Jawatankuasa Pusat PAS.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button