Berita Utama

Demi Zahid, Puad bidas pula Shahidan ‘dulu dia nak jadi MB seumur hidup’

'Pernah bersikap menderhaka kepada Raja Perlis'

BANGI,24 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Datuk Dr Puad Zarkashi terus mempertahankan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila dilihat lantang mengkritik balas Ahli Parlimen Arau.

Puad mendakwa, Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin terlupa kerana sebelum ini beliau juga pernah mempunyai hasrat yang sama untuk menjadi Menteri Besar (MB) Perlis selama-lamanya.

“Hebat Shahidan. Dia lupa, dia nak jadi MB Perlis seumur hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Puad berkata demikian dipercayai merujuk kenyataan Shahidan sebelum ini yang menyindir Zahid supaya terus kekal menjadi presiden parti itu seumur hidup.

Malah Puad mendakwa, mantan Menteri Wilayah di era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga pernah bersikap menderhaka kepada Raja Perlis kerana gagal memilihnya untuk menjadi Menteri Besar.

“Kedua-dua Mat Isa Sabu dan Azlan Man kena kacau. Siap lawan raja kerana dia dan adiknya gagal jadi MB.

“Tahniahlah kerana kes gangguan seksualnya digugurkan. Bolehlah jadi menteri sepanjang Muhyiddin dan Ismail Sabri jadi PM. Cuma tidak boleh selamanya. Jangan bangkitkan kes ini di Parlimen ye,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shahidan dalam kenyataan di Facebook menyindir supaya jawatan Presiden UMNO itu tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Malah, kononnya mencadangkan supaya kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid juga ditangguhkan sehingga lima tahun lagi supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

Hubungan Shahidan dalam UMNO tegang selepas namanya digugurkan sebagai calon PRU15 yang lalu.

Beliau mengambil keputusan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) dan mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button