Berita UtamaDunia

Remaja 14 tahun mangsa baharu pembunuhan kejam Israel

14 rakyat Palestin terbunuh setakat ini termasuk 3 kanak-kanak

BAITULMAQDIS, 24 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Rejim haram Israel terus mengganas, terbaharu seorang remaja lelaki Palestin dibunuh kejam berhampiran bandar Bethlehem yang diduduki.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan remaja berusia 14 tahun itu sebagai Omar Lotfi Khumour.

Dia ditembak di kepala dan meninggal dunia di hospital kerana kecedaraan.

Tentera Israel tidak mengulas mengenai pembunuhan itu, bagaimana berkata, anggotanya memasuki kem pelarian Dheisheh dalam serbuan awal pagi di rumah-rumah.

“Suspek membaling batu, bahan letupan, dan bom molotov ke arah pasukan, yang bertindak balas dengan cara menyuraikan rusuhan dan tembakan langsung,” dakwa tentera Israel dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun tiada suspek ditahan dalam serbuan berkenaan.

Minggu lalu, tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin.

Setakat tahun ini, 14 rakyat Palestin terbunuh termasuk tiga kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 167 terbunuh tahun lalu di Tebing Barat yang diduduki, angka kematian tertinggi sejak Intifada Kedua.

Tentera Israel menjalankan operasi mencari dan menangkap hampir setiap malam di Tebing Barat yang sering membawa maut.

Kebanyakan serbuan tertumpu kepada Nablus dan Jenin dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button