Berita Utama

Terlalu banyak masalah, UMNO sukar menang PRN nanti

Nasib UMNO mungkin banyak bergantung pada PH

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 25 Jamadilakhir 1444H, Rabu – UMNO dijangka berdepan kesukaran meraih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Lebih menyedihkan, parti politik Melayu tertua itu mungkin perlu bergantung kepada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di negeri yang ditadbir oleh gabungan tersebut.

Ini kerana, keadaan UMNO ketika ini dilihat lemah dan berbelah bahagi kepada dua kumpulan, kata penganalisis politik, Dr Azmi Hassan.

Situasi UMNO sekarang meletakkan parti politik itu dalam kedudukan yang sukar apabila berunding dengan PH terutama dalam pembahagian kerusi

“Nasib UMNO pada PRN yang akan datang bergantung kepada kerjasama mereka dengan PH terutama sekali di negeri yang ditadbir oleh PH.

“Dalam hal ini kekuatan UMNO untuk mendapatkan kerusi dikatakan agak sukar kerana dikatakan terpaksa lebih banyak bertolak ansur,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib UMNO pada PRN akan datang selepas keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini meluluskan usul dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, walaupun begitu mahu atau tidak PH sedar kedudukan UMNO bagi menarik pengundi Melayu.

Katanya, parti itu lebih baik kedudukannya jika dibandingkan dengan Parti Amanah Negara (PAN) serta PKR.

“Jadi dalam hal untuk menarik pengundi Melayu, UMNO masih lagi aset kepada PH terutama sekali dalam keadaan apa yang dikatakan gelombang hijau yang berlaku ketika PRU15 yang lepas,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button