Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Penerokaan REE: UMNO Kedah ingatkan kerajaan negeri jangan tamak

‘Kenapa tergesa-gesa tandatangan MoU dengan syarikat baru wujud 4 bulan?’

BANGI, 28 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – UMNO Kedah menggesa kerajaan negeri tidak bersikap tamak dan mematuhi garis panduan kementerian di peringkat pusat seperti kerajaan negeri lain yang turut mempunyai unsur nadir bumi (REE).

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Kedah bukan satu-satunya negeri yang kaya dengan sumber REE.

Bagaimanapun, beliau hairan kenapa hanya negeri itu yang paling tergesa-gesa mahu memulakan eksplorasi walaupun belum selesai dimuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.

“Perlu juga diingat, rakyat Kedah sebelum ini telah dikejutkan dengan pendirian Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor untuk meneruskan memorandum persefahaman (MoU) penerokaan REE.

“… walaupun kementerian berkaitan masih belum menggariskan penetapan SOP rasmi bagi aktiviti perlombongan sumber mineral terbabit,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Dalam pada itu, Shaiful mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menandatangani MoU dengan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan empat bulan lalu bagi menjalankan penerokaan ke atas REE di negeri itu.

Katanya, tindakan itu menimbulkan tanda tanya selepas hasil semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd hanya ditubuhkan pada 1 September tahun lalu.

“Fakta mengejutkan ini menimbulkan keresahan dan kegusaran ramai mengenai bagaimana kaedah tata urus dan kelola kerajaan Kedah di bawah kepemimpinan Menteri Besar, berhubung isu yang hangat diperkatakan ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button