Berita UtamaIstimewa

Tak perlu pakar Singapura, negara kita pun ada pakar perumahan

Rugikan syarikat tempatan yang ada kepakaran sendiri

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 3 Rejab 1444H, Rabu – Keputusan kerajaan mengimport pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) seolah-olah meremehkan kebolehan syarikat tempatan.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yakin negara kita sudah mempunyai kepakaran dan mampu untuk membangunkan sektor perumahan.

“Pada saya sesuatu yang sukar untuk difahami kenapa kerajaan mengambil langkah memanggil pakar dari Singapura untuk membantu mbangunkan sektor perumahan tanah air kita.

“Sedangkan kita kita tahu sektor perumahan ini ada kaitan dengan banyak industri lain, jika kita buka kepada pakar luar untuk masuk, dibimbangi banyak syarikat luar akan terlibat.

“Tindakan ini merupakan kerugian kepada syarikat-syarikat tempatan sedangkan kita memiliki kepakaran sendiri yang sudah cukup untuk bangunkan sektor perumahan negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Muhammad Fauzi berkata, sektor perumahan mempunyai kaitan dengan konsep dan struktur masyarakat di negara ini.

Singapura dan Malaysia adalah dua negara yang berbeza dan semestinya memiliki struktur dan budayanya yang berbeza, katanya.

“Dari segi struktur perumahan, perbandaran, pembinaan bangunan tidak sama kerana Malaysia mempunyai keistimewaan dan budaya yang tersendiri,” katanya.

Malah beliau berpandangan, Malaysia sewajarnya dibangunkan dengan ciri-ciri tersendiri dan perkara tersebut hanya difahami oleh syarikat dan pakar tempatan sahaja.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan, kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara.

Langkah itu, jelas Kor Ming adalah antara komitmennya untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan, selain menyatakan kesediaan untuk mempelajari daripada negara lain.

Ia termasuk dari Jepun dan China sebagai langkah mereformasi sektor perumahan negara.

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/01/18/kor-ming-tiada-wawasan-hingga-sanggup-terima-pakar-dari-singapura/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button