Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

China tawar moratorium 2 tahun kepada Sri Lanka

Hantar surat pada IMF sebagai sokongan Dana Lanjutan

COLOMBO, 3 Rejab 1444H, Rabu – China menawarkan Sri Lanka moratorium selama dua tahun bagi melunaskan hutang selain akan menyokong negara itu mendapat pinjaman lanjutan sebanyak AS$2.9 bilion daripada Tabung Kewangan Antarabngsa (IMF).

Saingan serantau, China dan India merupakan pemberi pinjaman dua hala terbesar kepada Sri Lanka, sebuah negara yang mempunyai 22 juta penduduk dan sedang berdepan krisis ekonomi terburuk.

Awal bulan ini, India menulis surat kepada IMF dan menyatakan komited untuk menyokong Sri Lanka dengan pembiayaan dan pelepasan hutang, tetapi negara pulau itu juga memerlukan sokongan China untuk mencapai persetujuan akhir dengan pemberi pinjaman global.

Menyokong usaha India, China kemudian menghantar surat pada 19 Januari, yang dihantar kepada kementerian kewangan bagi mendapatkan kelulusan segera daripada IMF untuk pinjaman kritikal.

Menurut surat berkenaan, China menyatakan kesediaan pihaknya untuk memberikan lanjutan ke atas hutang yang perlu dibayar pada tahun 2022 dan 2023 sebagai langkah kontingensi segera kepada Sri Lanka.

Hujung tahun lalu, China memberikan pinjaman sebanyak AS$2.8 bilion kepada Sri Lanka iaitu 3.5 peratus daripada hutang negara berkenaan, berdasarkan laporan IMF yang dikeluarkan Mac tahun lalu.

“Sri Lanka tidak perlu membayar balik prinsipal dan faedah daripada pinjaman bank dalam tempoh yang disebutkan di atas,” kata surat berkenaan.

Sri Lanka mempunyai AS$7.4 bilion hutang dengan China atau hampir satu perlima daripada keseluruhan hutang negaranya.

China pada masa sama menyatakan sokongan kepada Sri Lanka untuk membuat permohonan bagi Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) di IMF bagi membantu menyelsaikan krisis kewangan negara berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button