Berita Utama

PAS sedia disiasat dakwaan beri wang kepada pengundi

Buat laporan bagi mudahkan tugas pihak berkuasa

BANGI, 3 Rejab 1444H, Rabu – PAS menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan parti itu memberikan wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Pimpinan politik yang mendakwa kononnya PAS memberi wang disaran membuat laporan bagi memudahkan pihak berkuasa membuat siasatan, kata Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Mengenai dakwaan PAS memberikan wang kepada pengundi adalah sama dengan kenyataan beberapa pemimpin lain termasuk Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

“Kami sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya dan kami akan menyiasat setiap kes yang dirujuk,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button