Berita Utama

Status KJ dalam UMNO diketahui petang ini

Secara terbuka mengaku tak gemar segelintir pemimpin UMNO

BANGI, 3 Rejab 1444H, Rabu – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan status keahlian Khairy Jamaluddin dalam parti akan diketahui petang ini.

Ketika ditanya pemberita, beliau menjelaskan semua akan terjawab selepas Mesyuarat UMNO yang di Menara Onn, petang ini.

“Petang ini,” katanya ringkas seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Mantan Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang pernah dilantik Menteri Kesihatan itu juga menegaskan, UMNO perlu berubah untuk kembali menjadi parti yang boleh dibanggakan selain menjadi wadah politik terbesar seperti suatu ketika dahulu.

Khairy sebelum ini adalah penyandang kerusi Parlimen Rembau selama tiga penggal sebelum bertanding di Parlimen Sungai Buluh pada PRU 15 susulan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan untuk bertanding di kawasan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button