Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PAS bidas Nur Jazlan pura-pura tak faham konteks sedekah dan rasuah

Cadangan sinis minta UMNO bagi ‘upah’ padanya kerana kuat menyalak

BANGI, 4 Rejab 1444H, Khamis – Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari membidas Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana pura-pura tidak faham konteks sedekah berbanding rasuah kepada pengundi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan sedekah yang dimaksudkan adalah pemberian wang daripada selain calon atau wakil calon dan tiada kaitan dengan calon.

Bagaimanapun, tegasnya, mana-mana pihak tidak perlu bersikap kalut kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka kertas siasatan.

“Saya baca kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung isu ‘sedekah’ dan ‘rasuah’.

“Seorang lagi pemimpin UMNO yang pura-pura tidak faham konteks sedekah yang dimaksudkan iaitu pemberian wang daripada selain calon atau wakil calon dan tiada kaitan dengan calon,” katanya di Facebook, hari ini.

Ahmad Fadhli menegaskan, tidak wajar Nur Jazlan mengecam Presiden PAS yang tidak dipalit dakwaan kes rasuah di mahkamah seperti berlaku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini.

“Apa yang pasti, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sedang dan akan habiskan banyak masa ke mahkamah.

“Jazlan kata Presiden PAS ada masalah psikologi dan kemurungan. Hakikatnya, yang kelihatan psikologinya bermasalah ialah Jazlan sendiri.

“Masakan tidak, ketika Menteri Besar Johor sendiri meminta Presiden UMNO undur dan Pengerusi UMNO Johor sendiri setuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, dia terpaksa menongkah arus Johor berdiri menjadi penyokong tegar Presiden,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fadhli secara sinis mencadangkan supaya UMNO berpakat untuk menghimpun dana dan memberi ‘upah’ kepada Nur Jazlan kerana kuat menyalak dan mengkritik.

“Kasihan makhluk ini, bersungguh-sungguh menonjolkan diri kepada pimpinan partinya yang ada kuasa dalam kerajaan, berilah sesuatu kepada Nur Jazlan ini sebagai upah menyalak. Tiada isi, tulang pun ok,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button