Berita Utama
1,440 kemalangan direkod hari ke-9 Op Selamat 19
Kemalangan babit kereta catat jumlah tertinggi iaitu 1,173 kes

KUALA LUMPUR, 5 Rejab 1444H, Jumaat – Sebanyak 1,440 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari kesembilan pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, ia melibatkan 1,750 kenderaan dengan kemalangan membabitkan kereta mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,173 kes.
“Ia diikuti motosikal (270), pacuan empat roda (191), lori (65), van (30), bas (12), teksi (lima) dan satu kes kemalangan bagi basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Januari di seluruh negara.- Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.