Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Sultan Selangor perkenan sidang DUN terakhir 13 Mac depan

Perbincangan ahli dewan berdasarkan titah ucapan Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM, 5 Rejab 1444H, Jumaat – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu bermula 14 Mac depan.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim, berkata pembukaan sidang DUN kali terakhir untuk penggal ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat termasuk pemeriksaan kawalan kehormat dan istiadat santapan.

“Persidangan kali ini dilaksana seperti yang dijadualkan dan mendapat perkenan Sultan Selangor untuk istiadat pembukaan.

“Perbincangan ahli dewan akan berdasarkan titah ucapan baginda yang akan menyentuh berhubung isu-isu di Selangor ini dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Ng berkata, notis makluman berkenaan pembukaan Sidang DUN dihantar kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bermula hari ini.

Katanya, ADUN Sungai Tawar (UMNO-BN), Datuk Rizam Ismail kekal sebagai Ketua Pembangkang Selangor namun ia tertakluk kepada perbincangan yang akan menyusul kemudian.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button