Berita UtamaDunia

Terus cetus provokasi, 3 lagi naskah al-Quran dibakar Paludan

'Ugut' Erdogan benarkan Sweden masuk NATO jika tak mahu tindakan berulang

COPENHAGEN, 5 Rejab 1444H, Jumaat – Ahli politik pelampau sayap kanan, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye, dilaporkan mengancam untuk mengulangi perkara sama hari ini di Copenhagen, Denmark.

“Esok pada jam 12.30, saya akan pergi ke masjid di Copenhagen, Denmark dan membakar al-Quran”, katanya seperti dilapor saluran berita Turkiye, Devamke.

Ahli politik itu mencetuskan kemarahan masyarakat Islam minggu lalu selepas dia membakar al-Quran di ibu kota Sweden, Stockholm. 

Dia telah diberi kebenaran untuk melaksanakan perbuatan jijik berkenaan oleh kerajaan negara itu.

Tindakannya didakwa sebagai tindak balas kepada Turkiye yang menghalang permohonan Sweden untuk menyertai NATO. Ia berlaku selepas sekumpulan penunjuk perasaan sebelum ini membakar patung Presiden Turkiye, Erdogan secara terbuka di Stockholm.

Dalam temu bual dengan akhbar harian Sweden, Aftonbladet, Paludan mengumumkan bahawa provokasinya tidak akan berhenti.  

Dia menegaskan bahawa berhasrat untuk membakar tiga Al-Quran di Copenhagen, hari ini. 

Satu akan dibakar di masjid, satu di kedutaan Russia dan kemudian satu di kedutaan Turkiye, katanya.

Tidak seperti perbuatannya di Sweden, Paludan tidak memerlukan permit di Denmark, tetapi dia mesti memaklumkan pihak berkuasa 24 jam sebelum melakukan sebarang tindakan.  

“Saya akan mengumumkan bahawa ini adalah kesalahan Erdogan. Sekarang dia tidak mahu membenarkan Sweden masuk NATO, saya perlu mengajarnya tentang kebebasan bersuara sehingga dia melakukannya”, kata ahli politik itu kepada akhbar itu.

Dia juga mendakwa berhasrat untuk terus membakar naskhah kitab suci itu setiap Jumaat jam 2 petang.  

Pada Rabu lalu (25 Januari), ahli politik Denmark – yang juga mempunyai kewarganegaraan Sweden – berkata, bahawa dia memihak kepada Sweden untuk dimasukkan ke NATO dan bahawa ia adalah sesuatu yang dia pertahankan. 

Kini, beliau menegaskan bahawa Presiden Erdogan sendiri mesti memutuskan berapa lama kempen Al-Quran akan berlangsung.

Paludan memberi jaminan: “Ia juga satu janji bahawa apabila dia (Erdogan) membenarkan Sweden masuk ke dalam NATO, saya tidak akan sekali-kali seumur hidup saya membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye lagi.” – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button