Berita Utama

‘UMNO milik semua ahli, bukan MKT saja’: KJ

Berbeza pandangan dari pucuk pimpinan bukan bermakna tak setia

KUALA LUMPUR, 5 Rejab 1444H, Jumaat – Mempunyai pandangan yang berbeza dengan pucuk pimpinan dan menuntut proses demokrasi dihormati bukan bermakna tidak setia kepada parti.

Demikian luah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjelang keputusan mengenai nasibnya yang mungkin ditentukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti malam ini.

“UMNO milik semua ahlinya. Bukan majlis tertinggi sahaja,” kata Khairy dalam tulisan ringkas di Facebooknya, hari ini.

Bekas Menteri Kesihatan itu didakwa berdepan tindakan tatatertib pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari ini.

Bagaimanapun semalam, Khairy berkata, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan termasuk dipecat.

Katanya, beliau tidak akan terkejut jika majlis tertinggi memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya, memetik sejarah parti tidak mengikut proses sewajarnya.

“Ia pernah berlaku sebelum ini. Ia berlaku kepada Tan Sri Annuar Musa, yang dipecat tanpa proses sewajarnya.

“Kita ada lembaga tatatertib, dan ada proses yang perlu diikuti di mana seseorang dipanggil untuk menghadiri perbicaraan tatatertib,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button