Berita UtamaDunia

India hantar notis kepada Pakistan minta ubahsuai perjanjian air

Islamabad dakwa dua projek hidroelektrik jejaskan aliran air sungai

DELHI, 6 Rejab 1444H, Sabtu – India menghantar notis kepada Pakistan untuk meminta pengubahsuaian perjanjian air berikutan keengganan Islamabad menyelesaikan pertikaian dalam pembinaan projek kuasa hidroelektrik.

Perjanjian Air Indus pada 1960 antara India dan Pakistan dianggap perjanjian perkongsian air yang paling berjaya di dunia walaupun terdapat permusuhan antara kedua-dua negara jiran bersenjata nuklear.

Perjanjian itu mengawal ke atas perairan di tiga sungai di timur India iaitu Beas, Ravi, dan Sutlej, dan kawalan ke atas perairan tiga sungai barat Pakistan – Indus, Chenab, dan Jhelum.

Dinamakan sempena Sungai Indus yang mengalir dari Himalaya ke dataran India, perjanjian itu menetapkan hak simpanan air, pengairan dan penjanaan elektrik untuk setiap negara.

Sebelum ini, kedua-dua negara menyokong perjanjian tersebut, yang mana Bank Dunia menjadi saksi dalam perjanjian berkenaan.

Namun, selepas beberapa tahun, Islamabad membuat bantahan terhadap dua projek hidroelektrik – sungai yang sedang dibina India di Jhelum dan Chenab di wilayah Kashmir.

New Delhi kemudian menghantar notis kepada Islamabad melalui Pesuruhjaya Perjanjian Indus susulan keengganan Pakistan dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

Sementara itu, sumber kerajaan memaklumkan notis yang dihantar bertujuan untuk memberi peluang kepada Pakistan mengadakan rundingan dalam tempoh 90 hari bagi membetulkan pelanggaran perjanjian berkenaan.

Dalam pada itu, Islamabad pula menegaskan aliran air sungai yang memasuki Pakistan telah terjejas kesan daripada reka bentuk daripada dua projek hidroelektrik iaitu di wilayah Kishenganga dan Ratle. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button