Berita UtamaDunia

100 cedera tindakan keras Israel di Tebing Barat

Rakyat Palestin bangkit tentang penjajahan, apartheid selama beberapa dekad

NABLUS, 5 Muharram 1444H, Rabu – Tentera rejim pengganas Israel mencederakan kira-kira 100 penduduk Palestin dalam tindakan keras terhadap protes rampasan tanah di kampung Beit Dajan, timur Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Ahmad Jibril dari Jabatan Kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin (PRC) di Nablus, 22 rakyat Palestin dirawat kerana mengalami kecederaan akibat serangan tembakan peluru keluli bersalut getah pada Selasa dan 75 lagi dirawat kerana terhidu gas pemedih mata.

Agensi berita Wafa melaporkan, penduduk Palestin di seluruh wilayah yang diduduki sejak 1967 dan seluruh Palestin yang bersejarah bangkit menentang penjajahan dan apartheid selama beberapa dekad.

Pihak berkuasa Israel, bagaimanapun menggunakan keganasan bagi menyuraikan perhimpunan bantahan terhadap rampasan tanah milik Palestin untuk memberi ruang kepada satu lagi penempatan penjajah haram.

Beberapa minggu lalu, Wafa melaporkan lapan rakyat Palestin dari Beit Dajan terbunuh dan lebih 620 lagi cedera ketika cuba mengalihkan pos pendatang penjajah yang dibina di Gunung Sabih berhampiran kampung itu.

Semua penempatan dan pendudukan Israel adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button