Dunia

Gempa bumi 5.9 magnitud gegar Iran

Tiga orang awam dilaporkan terkorban, lebih 300 cedera

TEHRAN, 7 Rejab 1444H, Ahad – Gempa bumi berkekuatan 5.9 magnitud melanda barat laut Iran berhampiran dengan sempadan Turkiye pada Sabtu.

Menurut media kerajaan, gegaran itu menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang awam terkorban, manakala lebih 300 yang lain cedera.

Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, jumlah korban itu merujuk ketua perkhidmatan kecemasan universiti di bandar Khoy, berhampiran dengan pusat gempa.

Seorang pegawai kecemasan memberitahu, salji turun di beberapa kawasan yang terjejas dengan suhu sejuk dan bekalan elektrik pula terputus.

Garis sesar geologi utama merentasi Iran, telah mengalami beberapa kejadian gempa bumi dasyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button