Berita Utama

Hujan lebat diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin

Tahap bahaya dijangka melanda Rompin dan Mersing

KUALA LUMPUR, 7 Rejab 1444H, Ahad – Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga Isnin ini (30 Januari).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu. 

Di Pahang, kawasan diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk adalah Kuantan dan Pekan, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang di Jerantut dan Maran; Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian; dan di Sabah meliputi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button