Berita Utama

PRN: PH Selangor bincang agihan kerusi dengan UMNO Februari

Rundingan diharap dapat pastikan tiada pertembungan berlaku

BANGI, 7 Rejab 1444H, Ahad – Pakatan Harapan (PH) Selangor belum mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan rasmi berhubung perkara itu akan diadakan pada Februari ini.

“Pengagihan kerusi dengan UMNO (Selangor) akan dibincangkan dan dijangka dapat diselesaikan pada Februari.

“Selepas itu kita akan tumpu kerja di peringkat akar umbi,” katanya.

Pada masa sama, Menteri Besar Selangor itu berharap rundingan berkenaan akan dapat memastikan tiada pertembungan berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di antara PH dan BN.

“Perbincangan akan dibuat kerana masing masing ada pandangan dan di meja rundingan kita boleh muktamadkan dan kita boleh membuat keputusan itu dengan harmoni,” kata Amirudin.

Pada 15 Januari lalu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat Amanah, Mohd Sany Hamzan mendakwa PH Selangor tidak akan memberi laluan kepada BN di kerusi dimenangi mereka pada 2018.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button