Berita UtamaDunia

Tahanan mati akibat kecuaian Israel, Hamas gesa kebangkitan besar-besaran

Rejim Israel tangguh rawatan perubatan Nasser Abu Hmaid

TEL AVIV, 25 Jamadilawal 1444H, Selasa – Seorang tahanan Palestin yang menghidap kanser dan koma yang lama, dilaporkan meninggal dunia kerana komplikasi perubatan yang disengajakan ketika dalam penjara Israel.

Nasser Abu Hmaid, 50 tahun disahkan meninggal dunia pagi tadi di Pusat Perubatan Shamir Israel, yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Perubatan Assaf Harofeh dan terletak 15 kilometer (9.3 batu) tenggara Tel Aviv.

Persatuan Banduan Palestin (PPS) dan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata, Nasser telah dipindahkan dari Hospital Penjara Ramla ke pusat perubatan pada petang Isnin selepas  kesihatannya merosot teruk.

Nasser bertarung nyawa selama beberapa bulan di Hospital Penjara Ramla. 

Kesihatannya semakin merosot di apabila sel-sel kanser di seluruh badan semakin merebak dan paru-paru kirinya rosak teruk.

Dia berasal dari kem pelarian al-Amari di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki. 

Dia dipenjarakan sejak 2002 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas mahkamah Israel mendapati dia bersalah kerana menyertai serangan semasa Intifada Palestin Kedua.

Nasser disahkan menghidap kanser paru-paru pada Ogos 2021 selepas pihak berkuasa haram Israel menangguhkan penyediaan pemeriksaan dan rawatan perubatan.

Keluarganya telah merayu kepada semua badan antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan nyawa anak lelaki mereka.

Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang berpangkalan di Gaza kesal dengan insiden ini kerana ianya jelas kecuaian perubatan pihak rejim Israel.

Jurucakap gerakan Islam itu, Hazem Qassem dalam satu kenyataan hari ini berkata, Nasser memerangi pasukan pendudukan Israel sehingga nafas terakhirnya, dan mewakili seluruh negara Palestin.

Beliau menyifatkan kematian tahanam Palestin itu sebagai jenayah besar yang dilakukan rejim Tel Aviv terhadap tahanan Palestin dan rakyat Palestin secara amnya.

Beliau turut menegaskan, salah laku itu mesti dihadapi dengan kebangkitan besar-besaran yang bertujuan untuk memaksa Israel meninggalkan polisi jenayah kecuaian perubatannya.

Qassem menegaskan, dasar kecuaian perubatan mendedahkan sejauh mana keganasan Perkhidmatan Penjara Israel terhadap tahanan Palestin, sambil menambah bahawa Hamas telah meletakkan isu tahanan sebagai fokus utama.

Dilaporkan lebih daripada 7,000 rakyat Palestin dipenjarakan di penjara Israel. 

Pertubuhan hak asasi manusia berkata, Israel melanggar semua hak dan kebebasan yang diberikan kepada tahanan oleh Konvensyen Geneva Keempat.

Pihak berkuasa penjara Israel mengekalkan tahanan Palestin dalam keadaan yang menyedihkan tanpa piawaian kebersihan yang betul. 

Tahanan Palestin juga telah tertakluk kepada penyeksaan sistematik, gangguan, dan penindasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button