Artikel Khas

Bahaya guna tenaga pakar ultra kiasu dalam sektor keselamatan negara

Cukuplah kepentingan strategik negara seperti air sudah ‘tergadai’

ULTRA kiasu mendesak pilihan raya PBT sejak dahulu lagi. Ultra kiasu mahu menguasai bandar-bandar yang dihuninya selama ini. Takkan masih tidak sedar. Puas dah menulis

Kalau perlukan pakar sekalipun, pilihlah negara lain yang lebih baik dan tidak membahayakan, tetapi bukan negara ultra kiasu Singapura yang disingkirkan daripada Malaysia, terlalu bahaya.

Singapura ini ibarat mendapat sebiji kek, dia akan makan kesemuanya, dia tidak akan kongsi untuk manfaat bersama.

Apa yang Singapura tidak tahu tentang kita, terutama soal pertahanan dan keselamatan, yang menjadi ancaman kepada mereka. Lebih-lebih parti ultra kiasu ini terlalu baik dengan mereka sebab daripada sejarah parti yang sama.

Saya tidak nafikan bahawa kita boleh mengguna pakar daripada negara lain, tapi bukan pakar Singapura, sebab negara kecil ala Yahudi ini ada kepentingan terhadap negara kita terutama, bahaya dari segi pertahanan dan keselamatan.

Kena ingat sejarah kenapa kita berpisah dengan Singapura. Saya bercakap ini melalui bidang pengajian saya iaitu pertahanan dan keselamatan.

Memang tidak dinafikan, sesuatu yang boleh dipuji tentang negara ultra kiasu ini adalah, cara mereka menjaga kebajikan rakyatnya, terutama dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan perumahan. Misalnya, membina rumah flat, dengan keluasan yang munasabah. Tanah terhad, tetapi melabur untuk rakyat.

Rumah flat kita bina pula daripada dulu sampai sekarang, seolah-olah dibina bukan untuk manusia. Bermula dengan flat sebilik hingga tiga bilik, keluasan masih sama, maksimum 650 kaki persegi.

Rumah atau flat di Singapura, keluasannya melebihi 1000 kaki persegi, setaraf kondo atau apartmen mewah kita. Kita bina flat macam sarang burung. Sebab itulah, anak-nak kita tidak mahu tinggal lama atau tidur di rumah flat, tidak selesa, berlaga bahu bila berselisih.

Kita bina flat dan swastakan pembinaannya, untuk menjana keuntungan bukan untuk keselesaan manusia. Inilah kegagalan kia selama ini. Kita gagal melabur untuk manusia. Akhirnya, manusia tidak menjadi.

Pada saya, isu menggunakan pakar perumahan Singapura ini adalah sebahagian daripada isu kecil, untuk menutup isu yang lebih besar, yang mana kita menggadaikan keselamatan negara kita.

Apakah membenarkan kolam tadahan air di Johor, dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura sehingga ke hari ini disebabkan oleh perjanjian air yang kita tanda tangani itu, tidak termasuk ‘campurtangan’? Kenapa kita sanggup ‘menjual’ kedaulatan negara?

Jika mahu guna kepakaran, bukan Singapura, kerana negara ini negara ultra kiasu. Bahaya kepada negara kita!

Tetapi carilah negara lain, Thailand tidak kurang hebatnya, tetapi bukan Singapura.

Singapura menurut guru pakar strategik saya yang telah meninggal dunia, lama bekerja sebagai profesor di Singapura, Profesor Chandran Jushurun, sangat mementingkan diri sendiri, sehingga tahap ultra.

Beliau ketika mengajar saya selalu, Profeosr Chandran selalu berkata, Singapura ini ibarat sebiji kek, kalau boleh dia mahu makan semua kek itu, dia tidak mahu kongsi meskipun ia adalah sebuah pulau Melayu. Sepatutnya ultra kiasu mesti rasa amat terhutang budi kepada Melayu kerana telah melepaskan sebuah pulau yang bukan milik bangsanya. Namun, semua itu tidak berlaku.

Inilah amat bahaya ultra kiasu. Ultra kiasu ini tidak pernah percaya kepada Melayu, berbanding dengan Melayu percayakan bukan Melayu.

Sebab itulah, Melayu terlalu sukar untuk memegang jawatan tinggi strategik di Singapura, seperti polis, tentera, imgresen, kastam dan sebagainya. Berbanding kita melantik bukan Melayu di jawatan tinggi strategik di negara tercinta ini.

Ketika Singapura berpisah dengan Malaysia, apa yang dia kongsi dengan negara kita. Apa juga yang merugikan dia, dia tidak akan kompromi.

Contoh, jambatan bengkok menggantikan tambak Johor, kenapa Singapura tidak berikan kerjasama. Jawapan mudah, tidak perlu cari jawapan yang lain, buka tambak johor, ia akan memberikan manfaat pelabuhan kepada kita, ancaman kepada ekonomi Singapura. Berpuluh tahun pantai kita terus tercemar dan tidak mendapat perhatian, berbanding dengan pulau yang terlepas itu.

Ingat, Singapura adalah sebuah negara Melayu yang telah terlepas kepada bukan Melayu, takkan kita masih tidak sedar akan isu keselamatan.

Kenapa Singapura berbelanja begitu besar dalam pertahanan dan keselamatan mereka hampir RM100 bilion setahun dengan keluasan negara sekangkang kera sebegitu.

Negara sebesar Malaysia, kita hanya berbelanja RM20 bilion untuk pertahanan dan keselamatan.

Cuba bandingkan kapal selam kita dengan Singapura, berapa buah Singapura ada berbanding kita yang hanya ada dua. Itupun yang dua itu, sekejap timbul sekejap tidak boleh timbul. Faham-faham lah maksud saya itu.

Kenapa Singapura membeli banyak kapal selam. Apa yang mahu diselamnya? Ini baru kapal selam belum kelengkapan pertahanan yang lain.

Isu yang jauh lebih penting da utama adalah isu air. Contohnya, jika ditakdirkan negara kita diserang musuh, pihak Singapura dikatakan boleh bertindak pantas dengan menghantar pasukan tenteranya bagi melindungi sumber bekalan air mentah negara itu di Johor.

Unit elit tentera (Guards) Singapura akan bertindak pantas dengan keupayaan melakukan penyusupan lintas udara menggunakan kelengkapan udara, helikopter dan operasi amfibia untuk menjaga kepentingan airnya di Johor. Mereka dilatih secara professional dalam kemahiran pertempuran  kawasan bandar.

Empangan Tasik Linggui di Kota Tinggi dibina oleh negara ultra kiasu ini pada tahun 1988, dengan kos RM900 juta dan mula beroperasi tujuh tahun kemudian, dengan penjagaan rapi pasukan keselamatannya. Ia dianggarkan menyimpan kira-kira 763 juta gelen air yang diselenggara sepenuhnya oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB). Kita sendiri selaku tuan tanah tidak dibenarkan masuk.

Isunya kenapa kita begitu naif membenarkan orang luar membina dan menjaga sumber dan aset  terpenting negara ini kepada negara luar

Jika kita tidak mampu atau tidak ada duit sekalipun, carilah cara lain tetapi jangan gadaikan sama sekali kedaulatan dan keselamatan negara? Tetapi semua itu sudah menjadi sejarah. Sudah terlepas.

Apakah kita mahu mengulangi sejarah lama?  Paling penting hari ini memandang ke hadapan. Jangan benarkan negara kita ‘dicerobohi’ lagi. Apa yang Singapura tidak tahu soal keselamatan dan pertahanan kita.

Membenarkan tentera mereka mengawal kolam tadahan air di negara kita sendiri, sudah merupakan ancaman paling besar.

Bekalan air mentah dari empangan itu diproses menerusi Loji Rawatan Air Sungai Johor di Kota Tinggi untuk disalurkan terus ke pulau berkenaan. Menerusi Perjanjian Air 1962, Singapura menerima 250 juta gelen air mentah sehari dari Johor sebelum menjual kembali lima juta gelen air terawat.

Atas dasar toleransi dan kebaikan hati Melayu, kita jual air mentah tersebut dengan harga tiga sen (0.03 sen) per 1000 gelen. Singapura jual balik kepada Johor air proses bersih, dengan harga yang jauh sangat lebih tinggi. Singapura buat untung daripada hasil air kita. Bijakkan? Bila kita minta kaji balik perjanjian ini, Singapura ugut dengan ancaman ‘perang’.

Negara Yahudi ini sudah bersiap sedia dengan segala kelengkapan canggih untuk berperang. Kita pula bagaimana? Sejauhmana kecanggihan senjata pertahanan dan keselamatan kita?

Untuk makluman, sebelum ini, Singapura bergantung kepada Loji Air Gunung Pulai dengan kapasiti simpanan 1,220 juta gelen air tetapi dikembalikan kepada Johor lebih kurang enam tahun lalu.

Selain Empangan Linggui, Singapura mempunyai 17 kawasan tadahan air dalam negara yang dijaga rapi. Bagi negara ultra kiasu ini, bekalan air adalah sumber strategik negara bagi kepentingan hampir 6 juta penduduknya.

Adakah kita sudah lupa, pengalaman semasa Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pertahanan tentera Berikat (allied power) di Singapura, hanya dapat bertahan selama seminggu untuk ditewaskan Jepun, setelah bekalan air terputus.

Banyak negara maju telah meletakkan sumber air sebagai aset strategik dan menjadi antara keutamaan yang mesti dilindungi.

Sumber air akan memberi implikasi besar bukan sahaja kepada penduduk tetapi boleh melumpuhkan ekonomi. Inilah yang paling ditakuti oleh Singapura. Sebab itulah hari ini negara Yahudi membelanjakan berbilion dollar untuk menawarkan air laut sebagai persediaan apabila perjanjian air tamat nanti. Ini tidak termasuk memproses air kotot atau air kumbahan menjadi ‘new water’.

Sebab itulah Singapura hari ini melaburkan sejumlah kewangan yang begitu besar untuk menawarkan air laut sebagai persediaan apabila perjanjian kita tamat nanti pada tahun yang agak lama lagi, 2061.

Amerika Syarikat (AS), misalnya, turut menjadikan krisis air sebagai alat diplomasi antarabangsanya apabila mewujudkan US Government Global Water Strategy atau Globalwater bagi membantu negara dunia ketiga. Menerusi Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID), Globalwater giat membangunkan kemudahan membekalkan air bersih, sistem pengairan dan kemudahan sanitasi yang sebenarnya adalah instrumen politik negara kuasa dunia itu yang turut melibatkan kerjasama 17 jabatan dan agensi (Zaki Salleh 2020)

Dalam konteks dunia hari ini, air adalah sumber strategik yang menjadi sumber keselamatan semua negara dunia hari ini. Dunia akan berperang masa akan datang, merebut sumber air bersih untuk manusia.

Dalam kata lain, dalam isu air ini, sepatutnya Singapura mesti membayar kembali budi baik dan hati budi Melayu ini, dengan menolong kita ketika kita dengan ikhlas tanpa ada agenda terselindung, bukan dengan mengambil kesempatan bersama ultra kiasu yang ada di negara kita.

Berbalik kepada isu menggunakan pakar perumahan Singapura ini, jika saudara masih tidak kenal dan tidak faham, siapakah negara ultra kiasu dan manusia yang saya labelkan sebagai ultra kiasu, marilah kita wacanakan.

Menggunakan kepakaran ultra kiasu dalam sektor strategik negara amat bahaya kepada keselamatan dan pertahanan negara. Belajarlah dan ambillah pengajaran daripada pengalaman air ini dalam berurusan dengan ultra kiasu ini. Jangan tambah lagi masalah kita.

Justeru, sudah sampai masanya kita  memasukkan kepentingan strategik negara, seperti isu perumahan ini, yang melibatkan kepentingan Melayu bandar (PBT), sebagai komponen strategik negara, sama seperti air, empangan, penjana kuasa elektrik, lapangan terbang dan pelantar minyak.

Kalau dahulu, kita tubuhkan Pusat Sasaran Penting, 1962 bagi menjaga kepentingan strategik negara dan dikawal tentera sepenuhnya, kerana bimbangkan ancaman dan tindakan sabotaj pengganas komunis. Apakah hari ini kita menyangkakan bahawa komunis itu tidak ada? Komunis tetap ada selagi adanya ultra kiasu.

Ketika ini, terdapat 13 sektor ISP dilindungi atas faktor ancaman semasa yang masih relevan kerana sebarang tindakan sabotaj daripada musuh akan melumpuhkan kestabilan ekonomi dan sosial masyarakat. – Zaki Salleh (2020)

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button