Berita Utama

Video tular 2 wanita bunuh diri bukan berlaku di Malaysia

PDRM nasihat orang ramai jangan percaya berita tidak sahih

BANGI, 25 Zulkaedah 1442H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular dua wanita membunuh diri didakwa berlaku di Genting Highlands, Pahang adalah kejadian di luar negara pada tahun 2017.

Perkara itu disahkan PDRM selepas mengesan klip video berdurasi 30 saat memaparkan dua wanita bertindak terjun dari sebuah apartment, yang didakwa berlaku di Genting Highlands.

Komunikasi Korporat Urus Setia KPN, Skandaguru Anandan berkata, klip video berkenaan telah diulang siar di media sosial beberapa kali sejak tahun 2020 bagi membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button